Pemuda 22 tahun ditahan disyaki curi motosikal
SEMPORNA : Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes kehilangan sebuah motosikal di Bandar Seafront, di sini.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, pengadu sebelum itu meletakkan motosikalnya di sebuah premis kedai pada 9 September dalam keadaan berkunci.
Katanya, kehilangan motosikal berkenaan disedari ketika pengadu kembali untuk mengambil kenderaannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Semporna.
Bertindak atas laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna bersama RCJ Balai Polis Semporna melancarkan Op Lejang pada 10 September dan berjaya menahan suspek.
Polis turut menemukan semula sebuah motosikal di sebuah rumah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Tan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan tambahan ketika meninggalkan kenderaan termasuk memastikan motosikal dikunci dengan sempurna dan diletakkan di kawasan selamat.
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis

