Bersaing dalam pemilihan, kembali bersatu selepas itu

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman mahu ahli parti mengetepikan perbezaan dan kembali bersatu sebaik sahaja proses pemilihan Warisan selesai.

Azis berkata persaingan serta perbezaan pendirian ketika pemilihan bahagian mahupun pusat adalah lumrah dalam sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.

“Perbezaan menjadi lumrah apabila berlaku pemilihan parti. Yang penting bagaimana kita boleh bersatu semula selepas pemilihan,” katanya.

Menurut Azis, mereka yang dipilih perlu menerima mandat berkenaan sebagai satu amanah untuk memperkukuh parti, manakala ahli pula perlu kembali memberikan tumpuan kepada perjuangan Warisan.

Pada masa sama, Azis mengumumkan hasrat menawarkan diri bagi jawatan naib presiden Warisan pada pemilihan peringkat pusat.

Dia berkata akan memohon restu ahli Warisan Sepanggar sebelum bertanding jawatan berkenaan.

Turut menawarkan diri bagi jawatan naib presiden ialah Azhar Matussin.

Azis menegaskan pertandingan dalam pemilihan dalaman tidak seharusnya memecahkan parti, sebaliknya menjadi sebahagian daripada proses demokrasi sebelum semua pihak kembali membawa agenda Warisan.

Berita Berkaitan