Belia Sabah perlu fokus membina masa depan negeri – Dr. Davina

KOTA KINABALU: Belia Sabah disaran mengubah semangat perjuangan daripada sekadar melakukan protes kepada usaha membina kapasiti, memperkukuh perpaduan dan memajukan ekonomi negeri.

Dr. Davina Markus berkata, generasi muda mempunyai peranan besar dalam menentukan hala tuju Sabah dan perlu menguasai bidang berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan, kewangan serta pertanian moden.

Beliau berkata, perjuangan mempertahankan hak Sabah termasuk berkaitan MA63 perlu dilaksanakan secara matang, berintegriti dan berpaksikan kepentingan negeri.

Menurutnya, masa depan Sabah bergantung kepada kemampuan rakyatnya membina kekuatan sendiri melalui ilmu, perpaduan dan kecemerlangan ekonomi.

Berita Berkaitan