KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah, Mohd Hijri Mat Rani di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Hajiji bersama Mohd Hijri kunjungan hormat hari ini. Gambar JKM.
Hajiji mewakili Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada Mohd Hijri yang sudah berkhidmat di Sabah, terutamanya dalam membantu meningkatkan sektor perdagangan di negeri ini.
Mohd Hijri berkhidmat selama tiga tahun sebagai Pengarah MITI Sabah. Jawatan baru yang akan beliau sandang Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Datuk Anita Harun bersama rombongan.
TAWAU: Peneroka perlu bijak memanfaatkan pelbagai jenis tanaman lain bagi mengelak terlalu bergantung kepada industri kelapa sawit. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri…
KOTA KINABALU: Wisma Harta Sdn Bhd (WHSB) memperkukuh imej korporat menerusi pelancaran logo baharu yang mencerminkan transformasi syarikat dalam mendepani…