KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah, Mohd Hijri Mat Rani di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Hajiji bersama Mohd Hijri kunjungan hormat hari ini. Gambar JKM.
Hajiji mewakili Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada Mohd Hijri yang sudah berkhidmat di Sabah, terutamanya dalam membantu meningkatkan sektor perdagangan di negeri ini.
Mohd Hijri berkhidmat selama tiga tahun sebagai Pengarah MITI Sabah. Jawatan baru yang akan beliau sandang Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Datuk Anita Harun bersama rombongan.
SANDAKAN: Projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (Rapid Assessment Vaccination Operation) (RAVO) di Sandakan berjaya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada…
KOTA KINABALU: Ceramah profesional “MIA and the Accountancy Profession In Malaysia” anjuran Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti…