Kontraktor ditahan disyaki amang seksual anak

TAWAU: Seorang kontraktor tempatan ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia empat tahun dalam kejadian di daerah ini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.15 petang daripada seorang pegawai perubatan Hospital Tawau selepas pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ibu mangsa membawa kanak-kanak itu ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau selepas mangsa mengadu bahagian sulitnya disentuh oleh bapanya.

β€œBertindak atas maklumat diterima, polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun di perkarangan Hospital Tawau kira-kira jam 10.50 malam pada hari sama.

β€œSuspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Berita Berkaitan