Lebih 400 meriahkan Festival Gawai-Kaamatan Almacrest

KOTA KINABALU: Festival Almacrest Gawai-Kaamatan 2026 berjaya menarik lebih 400 peserta terdiri daripada pelajar, alumni, kakitangan, rakan industri, agensi kerajaan dan orang awam.

Festival anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Almacrest di Palm Square, Centre Point Sabah itu bertujuan memupuk semangat perpaduan dan menghargai kepelbagaian budaya masyarakat Sabah serta Sarawak.

Pengurus Pusat Almacrest Global Skills Centre Miri, Sterwina Kho

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk pertandingan Sugandoi, Unduk Ngadau Kaamatan, Randawi Tavantang, persembahan tarian tradisional, sukan tradisional dan bengkel budaya.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Insentif Akademik kepada pelajar cemerlang serta Program Advokasi Kepenggunaan KPDN Sabah bagi memupuk amalan kepenggunaan yang bijak.

Antara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Penganjur berharap festival itu akan terus menjadi platform tahunan dalam memperkukuh perpaduan, memelihara budaya serta melahirkan generasi muda yang menghargai kepelbagaian warisan negara.

Berita Berkaitan