Memang ‘healing’ di Kg Melangkap!

KOTA BELUD: Panorama Gunung Kinabalu yang tersergam megah berlatarbelakangkan kehijauan Kampung Melangkap Baru di sini sememangnya cukup memukau mata.

Suasana nyaman dan tenang di perkampungan itu menjadikannya lokasi menarik bagi mereka yang mahu menikmati keindahan alam jauh daripada kesibukan bandar.

Lebih mengujakan apabila cuaca cerah memberikan pandangan jelas ke arah Gunung Kinabalu, sekali gus menghasilkan panorama indah untuk dirakam sebagai kenangan.

Keindahan alam yang masih terpelihara turut memberikan Kampung Melangkap Baru tarikan tersendiri, terutama kepada pencinta alam dan fotografi.

Dengan suasana desa yang mendamaikan serta panorama gunung ikonik Sabah itu, tidak hairanlah kawasan berkenaan mampu mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Berita Berkaitan