Pelajar dibelasah ketika jalan ke solat Jumaat

TAWAU: Hasrat seorang pelajar lelaki untuk menunaikan solat Jumaat bertukar mimpi ngeri apabila dipercayai dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar lain di Jalan Sri Delima, Merotai Besar, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama tiga rakannya sedang berjalan melalui jalan pintas menuju ke Masjid Merotai Besar sebelum didatangi sekumpulan pelajar sekolah yang dikenalinya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt. Wilynton Enchana Watt berkata, kumpulan berkenaan terlebih dahulu bertanyakan mengenai dua individu sebelum salah seorang bertindak menyerang mangsa.

“Beberapa pelajar lain kemudian turut memukul mangsa secara beramai-ramai. Tiga rakan mangsa turut menjadi mangsa dalam kejadian itu.

“Mangsa mengalami kecederaan pada muka, kepala, dada dan rusuk sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Berita Berkaitan