Penyalahgunaan dadah di luar bandar semakin serius – Julita
MATUNGGONG: Trend penyalahgunaan dadah yang semakin menular ke kawasan luar bandar, khususnya membabitkan golongan belia, memerlukan tindakan lebih agresif dan berterusan daripada semua pihak.
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, gejala itu bukan sahaja merosakkan kesihatan fizikal dan mental individu, malah menjejaskan institusi keluarga, meningkatkan risiko jenayah serta mengancam keharmonian masyarakat.
Beliau berkata, pencegahan berkesan perlu bermula daripada komuniti yang prihatin dengan sokongan kerajaan, agensi penguatkuasaan, institusi pendidikan, ibu bapa dan masyarakat.
Menurutnya, program turun padang seperti KWKKR With You penting dalam memperkukuh kesedaran rakyat selain mendekatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

