Pembangunan modal insan asas kemajuan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan terus memperkukuh pembangunan modal insan sebagai asas kepada kemajuan ekonomi negeri yang berdaya saing dan berteraskan inovasi.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dilaksanakan melalui pemerkasaan pendidikan STEM, TVET, pembelajaran digital dan inovasi.

Beliau berkata, kejayaan negeri bukan hanya bergantung kepada kekayaan sumber asli, sebaliknya kepada kualiti modal insan yang mempunyai ilmu, kemahiran, kreativiti serta daya tahan.

Katanya, kerjasama erat antara kerajaan, institusi pendidikan, industri dan masyarakat amat penting bagi memastikan pembangunan bakat dapat diperkasakan secara menyeluruh.

Berita Berkaitan