Pengadu persoal saman DBKK, dakwa garisan parkir pudar mengelirukan

KOTA KINABALU: Seorang pengguna jalan raya mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan saman parkir selepas mendakwa garisan petak kuning di lokasi berkenaan sudah pudar sehingga mengelirukan pengguna.

Pengadu menerusi hantaran di Threads berkata, beliau menyangka kawasan itu bukan petak parkir berbayar kerana penandaan di atas jalan tidak lagi jelas sebelum meninggalkan kenderaannya untuk menguruskan urusan berhampiran.

Bagaimanapun, apabila kembali, beliau mendapati kenderaannya telah dikenakan notis saman.

“Kalau garisan kuning itu masih jelas, sudah tentu saya akan membuat bayaran melalui aplikasi Sabah Smart Parking. Siapa yang suka kena saman?” katanya.

Beliau berharap DBKK meneliti semula keadaan garisan parkir di lokasi berkenaan dan mengecat semula penandaan yang telah pudar bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain.

Berita Berkaitan