Lebih 500 penduduk rayu siasat pembalakan, dakwa sungai tercemar
TONGOD: Lebih 500 penduduk Kampung Susuoi merayu pihak berkuasa menyiasat aktiviti pembalakan berhampiran kampung yang didakwa menyebabkan hakisan tanah serta pencemaran sungai, sekali gus menjejaskan sumber kehidupan mereka.
Wakil penduduk, Edwin, berkata sungai berkenaan merupakan sumber utama air dan mata pencarian penduduk, termasuk aktiviti menangkap ikan.
Menurutnya, aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan agensi berkaitan, namun penduduk mendakwa masalah itu masih berlarutan.
“Kami bukan menghalang pembalakan, tetapi mahu sungai dipelihara kerana lebih 500 penduduk bergantung sepenuhnya kepada sumber ini,” katanya kepada Sabah News Today.
Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Sabah pernah menjalankan pemeriksaan selepas isu itu dilaporkan sebelum ini, namun aktiviti didakwa kembali berlaku.

