Sabah FC sahkan dua import baharu

KOTA KINABALU – Sabah FC mengumumkan kemasukan dua pemain import baharu bagi memperkuatkan skuad Sang Badak menghadapi saingan Liga Super musim 2026/2027.

Mereka ialah pertahanan dari Sepanyol, Kike Lopez, dan pemain tengah Korea Selatan, Park Jungbin, yang masing-masing berusia 32 tahun.

Kike sebelum ini beraksi bersama Deportivo Guadalajara di Mexico, manakala Park mewakili Visakha FA dalam Liga Perdana Kemboja.

Lopez bertekad memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan demi kelab dan penyokong Sabah FC.

Park pula menyifatkan misinya di Sabah adalah membantu pasukan mencatat sebanyak mungkin kemenangan musim ini.

Sabah FC sebelum ini turut mendapatkan khidmat pemain tengah Filipina Oskari Kekkonen selain empat pemain tempatan menjelang aksi pembukaan Liga Super menentang STAR City FC pada 23 Ogos.

Berita Berkaitan