Sabah NextGen 2.0 tingkat kebolehpasaran graduan

KOTA KINABALU: Program Sabah NextGen 2.0 Oil & Gas Boot Camp 2026 disertai 80 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Politeknik Kota Kinabalu bagi memperkukuh kesiapsiagaan graduan memasuki industri minyak dan gas.

Program yang berlangsung selama dua hari di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah itu dianjurkan hasil kerjasama EPOMS Global Solutions Sdn. Bhd., Politeknik Kota Kinabalu dan Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC) UMS.

Pengarah CEDeC UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Sidah Idris berkata, peserta didedahkan kepada prospek kerjaya, keperluan industri serta kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

Katanya, program itu turut menjadi platform memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri dalam melahirkan graduan yang kompeten.

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan komitmen UMS memperkasakan pembangunan bakat serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Program berkenaan membabitkan penyertaan wakil daripada EPOMS Global Solutions, SEC, SOGSC, SSPC, ECOS, KPSB, SSTC dan SEA Hibiscus.

Berita Berkaitan