SABAR gesa mekanisme subsidi diesel Sabah ikut realiti tempatan

KOTA KINABALU: Sekretariat Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) Semenanjung menyokong usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, untuk menilai semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Mohamad Mohidin berkata, Sabah memerlukan pendekatan berteraskan realiti tempatan memandangkan keadaan geografi, rangkaian logistik dan kebergantungan terhadap penggunaan diesel jauh berbeza berbanding negeri lain.

Katanya, dasar yang dilaksanakan perlu memberi ruang fleksibiliti kepada golongan petani, pekebun kecil dan usahawan luar bandar yang berdepan kekangan teknikal untuk mendaftar di bawah skim BUDI Diesel.

Beliau turut berharap mesyuarat antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan akan menghasilkan penyelesaian yang lebih sesuai demi menjaga kepentingan rakyat Sabah.

Berita Berkaitan