Dua suspek ditahan, kes kehilangan Nurjilya kini disiasat sebagai kes bunuh

KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan, Nurjilya Abdullah, yang sebelum ini dilaporkan hilang di Kampung Numbak, Sepanggar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, mayat mangsa ditemukan pada 15 Julai di kawasan berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan.

Beliau berkata, bedah siasat mengesahkan mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan pada muka dan belakang kepala yang disyaki disebabkan hentakan objek keras dan tumpul.

“Dua lelaki telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan