Tenom bakal jadi hab acara negeri, pacu ekonomi setempat
TENOM: Pelbagai acara sukan, pertanian, perikanan dan pelancongan akan berlangsung di Tenom sepanjang Ogos hingga November tahun ini bagi merancakkan ekonomi tempatan.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kejayaan penganjuran Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala MABA–MATRIX Kali Ke-30 Tahun 2026 membuktikan daerah itu mampu menjadi tuan rumah acara bertaraf kebangsaan.

Menurut beliau, beberapa program utama telah dijadualkan termasuk Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun Peringkat Negeri Sabah, Pesta Bunga, Program Cintai Sungai, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pesta Makanan.
Katanya, penganjuran siri program berkenaan dijangka meningkatkan kehadiran pengunjung sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.

