Tiga resort atas air dikompaun di Semporna

SEMPORNA: Tiga resort atas air di kawasan Balimbang dikenakan kompaun selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan Majlis Daerah Semporna (MDS), semalam.

Operasi yang dijalankan Unit Penguatkuasaan MDS memeriksa enam resort di kawasan perairan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiga resort beroperasi tanpa lesen sah selain menggunakan kad kesihatan yang telah tamat tempoh.

Majlis Daerah Semporna memaklumkan tindakan kompaun diambil bagi memastikan semua pengusaha mematuhi syarat pelesenan dan peraturan kesihatan.

Berita Berkaitan