Ewon Ebin keluar PCS
KOTA KINABALU: Ā Naib Presiden PartiĀ Cinta Sabah (PCS) Datuk Ewon Ebin hari ini mengumumkan tindakannya keluar parti atasĀ alasanĀ tiadanya kepimpinan dan hala tuju yang jelas dalam parti itu.
BeliauĀ mendakwa beberapa pemimpin dan ahli majlis tertinggi parti itu juga meletakkan jawatan setelahĀ menerimaĀ tekanan daripada ahliĀ serta penyokong akar umbi mereka berhubungĀ hala tuju parti itu.
Selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada 2020,Ā tiadaĀ perbincangan dan mesyuarat diadakan dalamĀ kalangan ahli majlis tertinggi, jawatankuasa bahagian, sayap pemuda dan wanita parti, katanya dalam kenyataan hari ini.
āBahagian-bahagianĀ parti sepatutnya disusun semula daripada peringkat Dewan Undangan Negeri hingga ke peringkat Parlimen seperti yang diputuskan Mesyuarat Agung dwitahunan parti tahun lepas, namunĀ ia tidak dilaksanakan sehingga menyebabkan parti tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
āKeputusan untuk melepaskanĀ jawatan dibuat dengan rasa berat hati kerana kita semua sayangkanĀ PCSĀ tetapi hidup perlu diteruskan…buat masa ini, adalah memadai untuk menyatakan bahawa perjuangan kami tidak berakhir di sini,” katanya dalam kenyataan itu.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 tahun lepas, PCS bertanding di semua 73 kerusi DUN tetapiĀ gagal memenangi sebarang kerusi.
Dalam kenyataan berasingan, Presiden PCSĀ Datuk SeriĀ Anifah Aman berkata tindakan beberapa pimpinan tertinggi keluar parti itu hari ini adalahĀ lumrah politikĀ dan berkemungkinan akibat khuatir tidak terpilih lagi untuk memegang jawatan selepasĀ rombakan parti dilakukan dalam masa terdekat.
Beliau berkataĀ terdapat desakan daripada akar umbi untuk membuat rombakan parti bagi memantapkan hala tuju PCS dalam memperjuangkan naratif rakyat Sabah.
“Kita tidak boleh halang mereka meninggalkan parti dan adalah hak mereka untuk membawa haluan masing-masing di kancah politik negara. Namun, sayaĀ tegaskan PCS tetap berdiri utuh memperjuangkan hak-hak Sabah terutamanya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak rakyat negeri Sabah.
” Saya juga dengan itu, turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan semoga jaya kepada mereka walaupun berlainan platform nanti, saya berharap usaha memperjuangkan hak rakyat Sabah akan terus diutamakan,” katanya.
Sementara itu, Anifah dalam masa yang sama menyangkal beberapa dakwaan mengatakan PCS bakal berkubur dalam arena politik tempatan susulan isu berkenaanĀ sebaliknyaĀ beliau menyatakanĀ parti itu kian utuh dan semakin diterima rakyat Sabah.
— BERNAMA

