Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH – Mohamad Sabu

SHAH ALAM: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggapĀ kerjasama yang terjalin diĀ antara Parti Warisan Sabah (Warisan)Ā dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukanlahĀ ancaman kepadaĀ Pakatan Harapan (PH).

ā€œBagi saya tidak ada ancaman penubuhan parti-parti politik ini dan sama ada perlu atau tidak kerjasama dengan parti politik ini, iaĀ akan kita bincang di peringkat PH.

ā€œKita akan berbincang di peringkat Majlis Presiden PH kalau ada permohonan dan memanglah di atas konsep khemah besar kita kena mencari sahabat yang ramai untuk hadapi pilihan raya akan datang,ā€Ā katanya kepada media selepas pelancaran buku yang ditulisnya, ā€˜Juang Mat Sabu’,Ā hari ini.

Mohamad berkata PH perlu mengadakan perbincangan itu susulan kekalahannyaĀ pada Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini,Ā yang memerlukan pakatan itu mencari kekuatan baharu.

Warisan secara rasminya melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia hari ini dengan harapan menjadi landasanĀ dalam mengubah landskapĀ politik negaraĀ di peringkat nasional.

Selain MUDA, Warisan juga terbukaĀ untuk bekerjasama dan membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

— BERNAMA

Berita Berkaitan