Gempa bumi lemah dikesan di Kuamut, gegaran mungkin dirasai di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 dikesan berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada jam 11.07 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Dalam kenyataannya, METMalaysia memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 289 kilometer dengan pusat gempa berada pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur.

Pusat gempa dilaporkan berada 199 kilometer ke utara Tarakan, Indonesia dan 74 kilometer ke barat Lahad Datu.

METMalaysia berkata, gegaran mungkin dirasai di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan serta maklumat rasmi yang dikeluarkan METMalaysia dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

Berita Berkaitan