Gempa bumi magnitud 5.0 gegar perairan Sandakan

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di Perairan Sandakan pada jam 9.11 malam, Isnin.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada koordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 48 kilometer di timur Lahad Datu, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan gegaran akibat gempa bumi berkenaan turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Pantai Timur Sabah.

Jabatan itu akan terus memantau keadaan dan meminta orang ramai yang merasai gegaran supaya mengisi borang soal selidik yang disediakan bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian tersebut.

Berita Berkaitan