Ismail Sabri dijadual didakwa esok bawah Akta SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Menurut peguamnya Datuk Amer Hamzah Arshad mengesahkan anak guamnya akan hadir ke mahkamah.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes berkenaan akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.
Ahli Parlimen Bera itu dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta.
Prosiding berkenaan pada asalnya dijadual berlangsung pada 7 Ogos lalu tetapi ditangguhkan selepas Ismail Sabri dimasukkan ke Institut Jantung Negara.
Peguamnya ketika itu memaklumkan beliau mengalami kemungkinan degupan jantung tidak sekata dan memerlukan prosedur pemasangan perentak jantung.
Bernama turut melaporkan SPRM sebelum ini merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing dan menyita 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta dalam siasatan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.
Pertuduhan rasmi bagaimanapun belum dibacakan dan pengakuan belum direkodkan.

