Jalan Masuk Kebun Tinggi, LPB Pakej Kerja 24, Pekebun Terjejas

KINABATANGAN : Seorang penduduk Kampung Perpaduan, Mukim Batu Puteh, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Pakej Kerja 24 yang didakwa menyusahkan penduduk, khususnya apabila jalan masuk ke tanah kebunnya tidak dibaiki dengan sempurna.

Menurut Sumo Abdul Rahman, 38, keadaan jalan masuk ke tanah kebunnya kini terlalu tinggi sehingga menyukarkan kenderaan untuk keluar masuk.

“Macam mana mau masuk ke tanah kebun kalau jalan itu tinggi. Kereta sangkut.

“Sepatutnya mereka sudah tahu di situ ada kebun dan orang akan masuk. Sepatutnya mereka sediakan semula jalan yang mereka rosakkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Sabah Revolusi pada Ahad.

Katanya, sebelum kerja-kerja naik taraf jalan berkenaan dimulakan, laluan masuk ke tanah kebunnya tidak mempunyai sebarang masalah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin sukar selepas kerja-kerja pembinaan dijalankan apabila jalan masuk ke kebunnya tidak disediakan semula dengan sempurna.

Beliau berharap pihak kontraktor mengambil tindakan segera untuk membaiki laluan berkenaan bagi memudahkan penduduk keluar masuk ke kawasan kebun masing-masing.

Berita Berkaitan