Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan sedikitĀ peningkatan hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir setakat 8 pagi ini meningkat kepadaĀ 535 orang daripada 165 keluarga dan ditempatkan di sembilan PPS, berbanding 478 orang daripada 151 keluarga malam tadi.

ā€œMangsa teramai dipindahkan adalah di Telupid iaitu 208 orang daripada 65 keluarga dipindahkan ke empatĀ PPS manakala di Beaufort, 200 orang daripada 55 keluarga dan dipindahkan ke satu PPS.

ā€œSeramai 79 orang daripada 36 keluarga dipindahkan ke dua PPS di PaitanĀ dan di Beluran 48 orang daripada sembilan keluarga di dua PPS.Ā Mangsa banjir di Beaufort dijangka meningkat manakala daerah lain kekal,ā€ menurut kenyataan itu.

Berita Berkaitan