Karnival sukan prasekolah Kudat cungkil bakat murid

KUDAT: Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Daerah Kudat 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 27 sekolah dalam acara futsal dan bola jaring.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat bersama Majlis Permuafakatan Prasekolah Daerah Kudat itu bertujuan memupuk budaya hidup sihat, semangat kesukanan serta mencungkil bakat murid sejak di peringkat awal persekolahan.

Majlis penutupan disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat (Sektor Pengurusan Sekolah), Jafnar Aludin.

Bagi acara futsal, SK Garau Kudat muncul juara, diikuti SK Matunggong dan SK Lampaki.

Dalam bola jaring pula, SK Parapat Darat muncul juara, SK Pinawantai naib juara manakala SK Tun Mustapha di tempat ketiga.

Berita Berkaitan