YPNM gesa DBKK naik taraf kemudahan di Taman Perdana

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menggesa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) segera menaik taraf dan menyelenggara kemudahan awam di Taman Perdana Tanjung Aru bagi menjamin keselesaan pengunjung.

Pengerusi YPNM Sabah, David Chan berkata, antara isu yang dibangkitkan orang ramai ialah keadaan tandas awam yang kurang bersih, laluan pejalan kaki rosak serta kemudahan air minuman yang memerlukan penambahbaikan.

Menurutnya, Taman Perdana bukan sahaja menjadi lokasi rekreasi penduduk, malah destinasi pelancongan yang mencerminkan imej Kota Kinabalu.

Beliau menggesa DBKK menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan penyelenggaraan berkala terhadap semua kemudahan di taman berkenaan.

Berita Berkaitan