KBDS perkukuh usaha pelihara bahasa Dusunik

KOTA KINABALU: Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) meneruskan usaha memperkukuh pemeliharaan bahasa ibunda etnik Dusunik menerusi kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Presidennya, Datuk Lawrence Gimbang berkata, kunjungan itu memberi peluang kepada persatuan menjelaskan latar belakang penubuhan KBDS, selain membentangkan visi, misi dan perancangan program yang bakal dilaksanakan.

Menurut beliau, KBDS yang didaftarkan secara rasmi pada awal tahun 2022 diwujudkan hasil kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara bahasa Dusunik agar tidak pupus ditelan zaman.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi memastikan warisan bahasa dan budaya masyarakat Dusunik terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi muda.

Berita Berkaitan