Maxim Rakan Rasmi KMJG 2026, Hargai 100 Pemandu
KOTA KINABALU: Maxim Malaysia menyokong sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 apabila tampil sebagai rakan rasmi program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JAPEN).
Pada acara kemuncak di Foh Sang, seramai 100 rakan-pemandu Maxim menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.
Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, penyertaan itu mencerminkan komitmen syarikat dalam menyemarakkan semangat patriotisme selain menyokong pembangunan komuniti di Sabah.
Program itu melibatkan lebih 1,000 peserta serta penyertaan pelbagai agensi kerajaan termasuk PDRM dan DBKK.
Sepanjang bulan Ogos, Maxim akan terus bekerjasama dengan JAPEN bagi menjayakan program Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di beberapa daerah di negeri ini.

