Nando’s Imago dibuka semula dengan wajah baharu
KOTA KINABALU: Nando’s Imago kembali beroperasi dengan konsep dan suasana baharu sejak 24 Julai lalu, sekali gus terus menawarkan hidangan ayam PERi-PERi yang menjadi pilihan pelanggan.
Pembukaan semula restoran itu turut mengetengahkan kemahiran griller yang memastikan setiap hidangan memenuhi standard kualiti Nando’s.

Ayam Nando’s diperap selama 24 jam menggunakan perapan PERi-PERi sebelum dipanggang menggunakan api terbuka bagi menghasilkan tekstur yang berjus dan lembut.
Sempena pembukaan semula itu, pelanggan turut berpeluang melihat sendiri proses penyediaan ayam serta mencuba pengalaman memanggang ayam di bawah bimbingan griller berpengalaman.
Salah seorang griller, Amman Muhammad Hidayat berkata, kepuasan terbesar dalam kerjayanya ialah apabila pelanggan menghargai hasil masakannya.
Beliau yang menyertai Nando’s pada 2024 kini menjadi sebahagian daripada pasukan khas griller Malaysia Timur yang melatih kakitangan serta membantu pembukaan restoran baharu.

Bagi meraikan pembukaan semula itu, Nando’s Imago menawarkan promosi khas dari 28 hingga 31 Julai, dengan 100 pelanggan pertama setiap hari yang membeli Bottomless Soft Drink akan menerima hidangan ayam suku percuma, tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.

