PKS Sabah Perkukuh Peranan Pacu Ekonomi Negeri

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah, diketuai oleh Presidennya Dr. Deledda Tan Bersama rombongan di pejabatnya.

Dalam kunjungan itu, perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh peranan PKS sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi negeri, selain meneliti peluang dan cabaran yang dihadapi usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan.

Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menyambut baik usaha berterusan oleh Persatuan PKS dalam menyokong kepentingan komuniti perniagaan serta pembangunan ekonomi Sabah.

Berita Berkaitan