PTI gagal bayar denda RM635,000, dipenjara kes curi bekalan elektrik

KOTA KINABALU: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) dipenjara selepas gagal membayar denda RM635,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan atas kesalahan mencuri dan menjual bekalan elektrik secara haram.

Tertuduh, Asis Cengkuru, didapati bersalah atas beberapa kesalahan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 susulan operasi bersepadu diketuai Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi proses pengusiran selepas selesai menjalani hukuman penjara.

ECoS berkata pihak pendakwaan turut memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh dipercayai terbabit dalam penyambungan bekalan air secara haram dan aktiviti penyambungan elektrik haram yang dikaitkan dengan insiden renjatan elektrik sehingga mengorbankan seorang remaja pada 2024.

Berita Berkaitan