Warisan hulur bantuan awal kepada mangsa banjir di Tawau

TAWAU: Ketua Biro Kesihatan Parti Warisan, Dr. Istefan Koh hari ini menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa banjir di Kampung Rawa-Rawa, Kopi Blues dan Batu Empat yang terjejas akibat banjir.

Bantuan itu disampaikan bagi membantu meringankan beban penduduk yang terkesan susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Dalam perkembangan sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana banjir berkuat kuasa jam 8.30 pagi.

Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said berkata, pengisytiharan itu membolehkan semua agensi berkaitan menyelaras tindakan menghadapi kemungkinan keadaan banjir bertambah buruk.

Beliau berkata, semua tindakan bantuan dan pemantauan akan diperkukuh bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terus diberi perhatian.

Berita Berkaitan