CGC Digital, CBM bekerjasama bantu PKS lebih bersedia dapat pembiayaan

KUALA LUMPUR: CGC Digital dan Credit Bureau Malaysia (CBM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia memahami kedudukan kredit masing-masing serta meningkatkan kesiapsiagaan mendapatkan pembiayaan.

Kerjasama itu menggabungkan platform digital dan rangkaian PMKS milik CGC Digital dengan kepakaran CBM dalam maklumat kredit serta analitik risiko.

Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital, Yushida Husin berkata, ramai usahawan PMKS bukan sahaja berdepan cabaran mendapatkan pembiayaan, malah kurang memahami kedudukan kredit mereka dan bentuk sokongan yang sesuai.

“Melalui gabungan maklumat kredit CBM dan capaian platform digital CGC Digital, lebih ramai pemilik perniagaan dapat menilai kedudukan mereka serta mengambil langkah praktikal untuk menjadi lebih bersedia mendapatkan pembiayaan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CBM, Soo Chin Kang berkata, kerjasama itu turut membuka ruang kepada pembangunan model risiko kredit, penyelesaian analitik serta program pendidikan dan kesedaran kepada komuniti PMKS.

Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam memperkukuh keusahawanan serta membina ekosistem ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Berita Berkaitan