LRA Kogopon, loji Kabang dijangka mula operasi hujung tahun
PAPAR: Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon dan loji muka sauk Kabang dijangka mula beroperasi menjelang hujung tahun ini bagi membantu mengatasi masalah bekalan air di Papar, Putatan dan Kimanis.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, LRA Kogopon berkapasiti 80 juta liter sehari (MLD) dijangka mula membekalkan air pada November, manakala loji muka sauk Kabang dijangka beroperasi pada September.
Beliau mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memantau pelaksanaan kedua-dua projek itu dengan rapi bagi memastikan ia disiapkan tanpa sebarang kelewatan.
âMasalah bekalan air merupakan isu legasi, namun kerajaan komited menyelesaikannya.
âSaya juga mahu jabatan lebih proaktif dengan menghantar lori tangki air ke kawasan yang terjejas, bukan sahaja di Papar tetapi di seluruh Sabah,â katanya selepas mendengar taklimat projek itu di Langkah Syabas Resort.
Menurut Pengarah JANS, Chee Chun Chieh, projek LRA Kogopon bernilai RM365.9 juta dijangka siap sepenuhnya pada 2028, namun akan mula membekalkan air kepada pengguna sebelum penghujung tahun ini.
Beliau berkata, projek loji muka sauk Kabang bernilai RM39.73 juta kini mencapai 90 peratus kemajuan dan bakal meningkatkan kapasiti bekalan air daripada sembilan MLD kepada 30 MLD.

