AADK gempur tiga kawasan banteras dadah

TUARAN: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tuaran melaksanakan operasi penguatkuasaan di sekitar Tuaran, Tamparuli dan Tenghilan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.

Operasi berkenaan dilaksanakan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah berdasarkan maklumat risikan, aduan masyarakat serta pemantauan AADK.

AADK memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu adalah sebahagian usaha melaksanakan undang-undang berkaitan dadah, selain memastikan individu terlibat menjalani proses rawatan dan pemulihan sewajarnya.

Pada masa sama, AADK menegaskan usaha memerangi dadah memerlukan kerjasama masyarakat, khususnya dalam menyalurkan maklumat mengenai individu atau lokasi yang disyaki terbabit.

Orang ramai turut digesa tidak berdiam diri sekiranya mengetahui kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

AADK berkata kerjasama masyarakat penting bagi mewujudkan persekitaran lebih selamat, sihat dan bebas daripada ancaman dadah.

Berita Berkaitan