Numbak Terbakar

Tiga kanak-kanak rentung, 202 rumah musnah dalam kebakaran besar

KOTA KINABALU: Tiga kanak-kanak ditemukan rentung dalam kebakaran besar yang membabitkan kira-kira 202 rumah setinggan atas air di Kampung Lok Buta, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, PKPjB Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.40 pagi sebelum kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.30 pagi.

Mangsa yang maut ialah Mohd Asrul Abdullah, 6, Nana Abdullah, 4, dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8.

Menurutnya, seramai 55 anggota bomba digerakkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.

Pasukan bomba turut meruntuhkan empat rumah untuk mewujudkan ‘fire break’ sebagai sebahagian daripada strategi pemadaman.

Katanya, jumlah sebenar rumah yang terlibat masih dalam proses pengesahan.

Berita Berkaitan