Madius buat laporan polis, serah isu ucapan Noorazli kepada pihak berkuasa

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau membuat laporan polis berhubung isu ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang sebelum ini mencetuskan kontroversi berkaitan sensitiviti agama.

Madius berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Menurutnya, beliau kemudian memberikan keterangan kepada polis dan proses berkenaan selesai hampir jam 1 tengah hari.

“Saya juga mengambil maklum permohonan maaf daripada Datuk Noorazli Said.

“Pada ketika ini segala urusan siasatan dan tindakan lanjut diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Kontroversi tercetus susulan ucapan Noorazli pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dikritik beberapa pihak kerana didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Kristian.

Berita Berkaitan