Anwar titip pantun muafakat ketika hubungan PH-BN jadi perhatian

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pantun mengenai persahabatan dan permuafakatan ketika hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjadi perhatian susulan perkembangan politik semasa.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau mengajak semua pihak terus mengekalkan semangat muafakat walaupun berdepan perbezaan.

Hantaran itu turut memaparkan beberapa gambar beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri selepas Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Perkongsian berkenaan dibuat ketika hubungan PH dan BN menjadi tumpuan selepas kedua-dua gabungan bertanding sesama sendiri pada PRN Johor, selain kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Anwar mengingatkan anggota pentadbiran kerajaan supaya tidak menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan ketika berkempen, manakala kepimpinan PH dan BN terus menegaskan bahawa kerjasama di peringkat Persekutuan kekal utuh.

Berita Berkaitan