AADK tahan 11 individu dalam Ops Cegah

TUARAN: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tuaran menahan 11 individu dalam Ops Cegah Bilangan 6/2026 yang dilaksanakan di sekitar Daerah Tuaran, Tamparuli dan Kota Belud.

Operasi yang berlangsung selama dua hari bermula 20 hingga 21 Julai itu bertujuan mengekang penularan aktiviti penyalahgunaan dadah selain memastikan komuniti setempat berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

AADK Daerah Tuaran memaklumkan operasi berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen berterusan agensi itu dalam membanteras gejala dadah di peringkat akar umbi.

Menurutnya, usaha berkenaan juga selaras dengan sasaran negara untuk mencapai matlamat Dadah Terkawal 2030.

Berita Berkaitan