Bas ekspres disita, empat kesalahan dikesan
PAPAR: Sebuah bas ekspres disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah selepas dikesan melakukan empat kesalahan serius dalam Ops Ronda Harian di Jalan Pan Borneo, semalam.
Pemeriksaan mendapati bas itu menggunakan cukai jalan yang tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans.
Turut dikesan ialah lesen vokasional PSV dan lesen pembawa yang sudah tamat tempoh.
Susulan itu, notis sita dan saman dikeluarkan terhadap pemandu serta pemilik kenderaan sebelum bas berkenaan dibawa ke Stesen Penguat Kuasa Kimanis.
JPJ menegaskan tindakan tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pengusaha atau pemandu yang mengabaikan aspek keselamatan jalan raya.

