UMS nafi pelajar antarabangsa rampas tempat anak Sabah

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan dakwaan peningkatan pelajar antarabangsa menjejaskan peluang anak Sabah dan pelajar tempatan adalah tidak benar serta tidak disokong data rasmi.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, enrolmen pelajar tempatan meningkat daripada 18,286 pada 2024 kepada 20,287 pada 2025, iaitu pertambahan 2,001 orang atau 10.94 peratus.

Dalam tempoh sama, pelajar antarabangsa hanya meningkat daripada 712 kepada 873 orang, sekali gus membuktikan agenda pengantarabangsaan tidak menggantikan tempat pelajar tempatan.

Beliau berkata, UMS kekal mengutamakan akses pendidikan kepada anak Sabah dan Borneo, manakala pengantarabangsaan dilaksanakan bagi memperkukuh kualiti akademik, penyelidikan serta kedudukan universiti di peringkat global.

“Kita perlu berbahas berasaskan fakta dan data, bukannya persepsi,” katanya.

Berita Berkaitan