Masidi Terima Kunjungan AADK Ranau, Bahas Program Kesedaran Antidadah
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun menerima kunjungan hormat oleh Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ranau, Donny Lasong bersama rombongan di pejabatnya, disini.
Dalam kunjungan tersebut, Masidi diberi taklimat mengenai peranan, fungsi dan pelaksanaan program kesedaran masyarakat oleh AADK Ranau.
Masidi turut merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat berkenaan serta berharap usaha AADK dapat terus memberikan manfaat kepada masyarakat setempat

