Sabah Fest 2026 himpun 50 acara sepanjang sebulan

KOTA KINABALU: Sabah Fest 2026 kembali dengan konsep “50 Events, One Golden Journey”, menghimpunkan 50 acara terpilih dari 29 Ogos hingga 29 September 2026.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, program itu akan berlangsung bukan sahaja di Kota Kinabalu, tetapi turut melibatkan Kudat, Kuala Lumpur, Sandakan dan Tawau.

Menurutnya, acara berkenaan merangkumi persembahan kebudayaan, bengkel, pameran, pengalaman pelancongan serta aktiviti komuniti.

Jafry berkata Sabah Fest yang diperkenalkan sejak 1988 terus menjadi platform mengetengahkan warisan, kreativiti dan kepelbagaian budaya negeri.

Katanya, industri pelancongan kini bukan lagi sekadar menawarkan tempat untuk dilawati, tetapi pengalaman, cerita dan hubungan dengan komuniti tempatan.

Beliau turut mahu lebih ramai anak muda Sabah menggunakan kreativiti dalam bidang muzik, seni, fesyen, kandungan digital, makanan dan pelancongan bagi memastikan warisan negeri terus relevan.

“Ini budaya kita, ini cerita kita dan inilah cara kita mahu berkongsinya dengan dunia,” katanya ketika melancarkan Sabah Fest 2026.

Berita Berkaitan