PKR Melaka mahu umum calon PRN lebih awal

MELAKA: PKR Melaka bercadang mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal bagi memberi ruang kepada muka baharu membuat persiapan sebelum berdepan pengundi.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses pemilihan calon kini melalui beberapa peringkat saringan sebelum dimuktamadkan Presiden PKR.

Katanya, langkah itu turut bertujuan memastikan keseimbangan penyertaan wanita dan golongan muda dalam senarai calon.

Adam Adli berkata, keutamaan ketika ini ialah memastikan jentera parti benar-benar kukuh dan bersedia bekerja tanpa mengira siapa calon yang bakal dipilih.

PKR Melaka juga sedang memperkukuh jentera menerusi siri pelancaran di Tangga Batu, Hang Tuah Jaya, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Jasin.

Mengenai kerjasama PH-BN, beliau berkata komunikasi awal sudah berlangsung, namun rundingan rasmi belum dimuktamadkan.

Adam Adli turut tidak menolak kemungkinan PH bergerak secara solo sekiranya rundingan dengan BN gagal mencapai persetujuan.

Berita Berkaitan