Atasi jurang Komunikasi, Antara Lima Isu Rakyat Sabah Akan Dibawa Kepada Kerajaan

KOTA KINABALU: Isu kenaikan harga barang, bekalan air, infrastruktur jalan raya, kuota diesel dan harga tiket penerbangan antara lima perkara utama yang dibangkitkan untuk dibawa kepada pihak kerajaan.

Perkara itu dikenal pasti menerusi sesi perbincangan kumpulan bagi fokus bersama kumpulan media di Sabah yang diadakan bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai permasalahan dihadapi rakyat.

Tuan Haji Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, program berkenaan merupakan antara usaha untuk mengatasi jurang atau krisis komunikasi antara kerajaan dan rakyat.

Menurutnya, pendekatan tersebut membolehkan maklumat dan pandangan daripada rakyat pelbagai kaum serta komuniti diperoleh secara langsung sebelum dibawa kepada pihak kerajaan untuk tindakan dan semakan.

Beliau berkata, antara isu yang paling perlu diberi keutamaan adalah perkara yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat termasuk kos sara hidup, keperluan menyara keluarga, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Katanya, kerajaan perlu lebih peka terhadap kesusahan rakyat dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu yang benar-benar memberi kesan kepada golongan memerlukan.

Berita Berkaitan