Sabah FC jinakkan Penang FC 2-0 di Likas

KOTA KINABALU: Sabah FC meneruskan rentak cemerlang di Stadium Likas apabila menewaskan Penang FC 2-0 dalam saingan Liga Malaysia 2026/2027.

Aksi yang berlangsung dalam keadaan padang basah akibat hujan menyaksikan kedua-dua pasukan berdepan kesukaran mengawal permainan, namun Sabah FC tampil lebih agresif di hadapan penyokong sendiri.

Skuad The Rhinos beberapa kali mengasak kubu Penang FC sebelum Gonzalo Di Renzo memecah kebuntuan pada minit ke-40.

Jaringan itu membolehkan Sabah FC mendahului 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah terus menekan dan berjaya menggandakan kelebihan menerusi Hanafie Hasim pada minit ke-53.

Penang FC cuba bangkit dengan meningkatkan serangan, namun benteng pertahanan Sabah FC kekal kukuh sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan 2-0 itu merupakan kemenangan kedua berturut-turut Sabah FC selepas menewaskan Star City FC 3-1 dalam aksi pembukaan mereka.

Berita Berkaitan